Pengalaman Aku Kena Influenza. Ok,Tahun 2020 merupakan tahun yang gelap bagi seluruh dunia kerana adanya wabak yang membawa maut iaitu covid-19 yang lebih dikenali virus Corona dan penyakit ini berasal dari Wuhan China. Akan tetapi alhamdulillah aku tidak dijangkiti wabak tetapi hari ni aku ingin berkongsi pengalaman aku terjangkit penyakit Influenza.Penyakit Influenza ini berasal dari tanah arab dan virus itu berpunca dari unta.Penyakit tidak lah penjadi pandemik sebagai mana wabak covid 19. Bagaimana aku boleh terjangkit influenza kerana berpunca dari ayah aku yang melibatkan dirinya untuk mengikuti program kayuhan basikal di Thailand.Selapas sahaja tamatnya program tersebut ayah aku mengalami demam dan batuk tetapi kami sekeluarga hanya menganggap demam biasa sahaja dan ayah aku jenis orang yang malas pergi ke klinik akan tetapi ayah aku hanya demam seminggu sahaja dan kemudian sembuh. Selepas sahaja ayah aku sembuh dari demam ibu dan abang aku dan dua adik aku demam secara serentak.Seminggu kemudian demam masih tidak hilang sehingga mereka menjadi lupa diri dan ayah aku terus bawa ke hospital.pada masa itu,ibuku,abangku,dan dua adik ku disahkan positif influenza selepas membuat saringan tetapi mereka dalam tahap hijau dimana peluang untuk sembuh sangat tinggi dan mereka ditempatkan wad biasalah iaitu single room.Ok,aku nak cerita apa yang aku rasa ketika itu,badan aku rasa sangat lemah tak boleh bernafas dan perlukan alat pernafan pada masa itu Beberapa hari kemudian mereka boleh pulang rumah.Pada masa tu aku jadi sakit badan,batuk,selsema,dan demam tetapi aku hiraukan sahaja.Pada malam tu juga demam ku meningkat sehingga 39 darjah celcius,batuk,bersin sehingga aku berasa seperti mayat hidup badan aku menjadi kaku sejuk tanpa berlengah ayah aku bawa cepat cepat ke hospital dan ya aku positif influenza kira aku ni orang yang terakhir yang terjangkiti dalam keluarga aku.ok aku nak kongsi apa yang aku rasa ketika itu badan ku rasa lemas tak boleh bernafas dan perlukan oksigen la pada masa tu rasa kebas sakit kepala badan berasa panas.itu sahaja yang aku ingin kongsikan
BZR BLOG
Tuesday, 14 April 2020
Thursday, 12 March 2020
cara cara mudah untuk hilangkan homsick
TIPS TIPS UNTUK KURANGKAN RASA HOMESICK Kita sebagai umat manusia tidak lepas dengan adanya perasaan homeisck.Homesick ni ada buruk ada baik iaitu homesick boleh membuatkan kita lebih stress dan menyebabkan kita tidak reti untuk mengambil keputusan yang sebetulnya sehinggakan timbulnya penyakit "KERISAUAN MELAMPAU" yang lebih dikenali sebagai "ENXITY" manakala baiknya pula dapat mendidik kita lebih berdikari untuk menerusakan kehidupan dan membina keyakinan diri untuk menempuh segala dugaan kehidupan.Homesick bermaksud merindui sesuatu yang tidak pernah ditinggalkan seperti ibu,ayah,adik beradik,rumah,atau tidak pernah beradaptasi diri sendiri dengan suasana baharu.Sebagai seorang pelajar memang akan adanya perasaan homesick apabila ditawarkan universiti yang sangat jauh dari rumah sehinggala digelarkan diri sebagai perantauan.Oleh sebab itu,saya mahu berikan tips bagaimana saya menghilangkan perassan homesick kepada adik adik lepasan spm 2019. TIPS PERTAMA:MEMPUNYAI KEAZAMAN
Dengan adanya keazaman kita dapat meningkatkan keyakinan diri untuk belajar jauh-jauh.Dengan cara menasihati diri sendiri mengingati kesusahan ibu bapa untuk mencari duit untuk menanggung yuran kos pelajaran anak demi masa hadapan anaknya.Oleh sebab itu,kita dapat kekuatan untuk membalas jasa kedua ibu bapa kita dengan menunjukkan kita boleh berdikari dan menunjukkan nilai peperiksaan yang bagus.Jadi,kita perlu mempunyai keazaman untuk membantu kita menghindari perasaan homesick.
TIPS KEDUA:JANGAN DUDUK BERSEORANGAN
Ini tips paling terpenting yang perlu diamalkan kerana jika kita berseorangan kita akan lebih mengingati apa yang paling kita rindui yang boleh menyebabkan kita lebih stress sehiggakan dapat menyakiti diri kita sendiri dan boleh menyebabkan kita mengambil keputusan yang salah untuk berhenti belajar demi mahu tidah menjauhi keluarga.Oleh demikian,kita perlu menyibukkan diri kita dengan melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti seperti bersukan,kokurikulum,dan sebagainya atau perlu mencari sahabat yang dapat mendengar masalah kita supaya dapat mengurangkan bebanan dalam diri kita sendiri.
TIPS KETIGA:JANGAN SEBUT PERKATAAN "UISH,JAUHNYA KAU DATANG".
Kita ini memang tidak lepas dengan kawan baharu jika kita belajar di tempat baharu.Macam biasalah jika kita mula sesi kenal mengenali mesti kita bertanya nama siapa,dari mana,ambil jurusan apa.Contohnya,
AFIQ:Assalamualaikum,nama kau sape,asal mane?
AKMAL:Waalaikumussalam,nama aku akmal dari perak dekat je dengan universiti ni tapi aku nak duduk asrama nak berdikari katakan.Nama kau siapa pulak asal mane.
AFIQ:OHHHH,Nama aku afiq dari perlis
AKMAL:UISHH,JAUHNYA KAU DATANG.
AFIQ:Kenapa aku belajar sini padahal perlis ada ja universiti bagus bagus unimap,uitm,uum,kuips,politeknik.Kenapa aku belajar sini.[CAKAP DALAM HATI]
HA kalau nak mula sesi kenal kenalan tu jangan la guna ayat macam tu sebab ayat tu dapat menjatuhkan semangat untuk belajar jauh jauh.
TIPS KEEMPAT:CARI SAHABAT YANG MENDENGAR.
Kita perlu mencari sahabat yang boleh mendengan masalah kita kerana ia dapat membantu kita dengan meluahkan peraraan kita kepada beliau yang dapat memberikan kita nasihat untuk memberikan semangat kepada kita jika kita berasa homesick.dengan cara itu kita dapat mengerakatkan hubungan sahabat di samping dapatdapat membantu kita jika kita ada masalah.Oleh sebab itu kita janganlah pendam perasaan seorang diri yang dapat memburukkan keadaan.
TIPS KELIMA:HUBUNGI IBU BAPA PADA MASA YANG TERTENTU.
Sebagai seorang pelajar yang berjauhan dengan keluarga memang akan rasa rindu.Oleh itu,hubungi ibu bapa kita bila kita teringat akan mereka dengan bertanya khabar,memberi info diri kita kepada ibu bapa sekali gus dapat mengurangkan persaan homesick.Tapi janganla hubungi mereka dengan kerap yang akan menyusahkan diri kita dan ibu bapa.Sebab itu kita perlu pandai mengurus masa untuk hubungi mereka
ok itu sahaja tips tips yang saya lakukan semasa belajar di universiti.Saya berharap adik adik epasan spm 2019 berjaya dan dapat keputusan spm yang cemerlang dan dapat masuk universiti bagus bagus.Ok itu sahaja ASSSALAMUALAIKUM.
Wednesday, 11 March 2020
Pengalaman seram semasa bercuti di langkawi
PENGALAMAN AKU DIUSIK DI HOTEL LANGKAWI
Aku namakan diriku aku.Ok,hari ini aku ingin bercerita pengalaman seram aku ketika aku bercuti di Langkawi.Pada masa tu aku baru berumur 17 boleh dikatakan budak lepasan SPM.Macam biasalah kalau budak lepasan SPM mesti akan merancang percutian dengan kawan kawan untuk meraikan tamatnya zaman persekolah dan ingin menghilangkan stress dari bahang peperiksaan SPM yang amat menyucuk otak.Jadi habis saja SPM aku dan rakan ku merancang untuk bercuti di langkawi dengan menggunakan duit kelas yang kami telah kumpul dari tingkatan 4 lagi.kira kira 13 orang saja memang sedikit sebab kami dari aliran sains tulen kebanyakkan murid memang takut untuk masuk aliran tersebut tetapi hanya 8 orang sahaja yang jadi bercuti yang tak bercuti mereka sedekahkan duit mereka dengan ikhlas.
Jadi keseluruhannya 8 orang sahaja yang jadi 3 orang perempuan 5 orang lelaki.Macam biasalah yang handle semua percutian mestilah perempuan lelaki hanya setuju sahaja.Seminggu selepasnya tamatnya SPM,Kami bertolak ke jeti Kuala Perlis ohh lupa kami semua dari perlis so dekat ja dengan langkawi hanya naik bot ja.Jadual bot kami pada pukul 9 pagi jadi kami berkumpul pada pukul 8 pagi la macam biasa mesti la seronok mahu bercuti dengan kawan kawan.Tepat pukul 9 bot kami sudah sampai dan kami harus bergegas demi menjauhi dari kesesakan lautan manusia berpusu pusu untuk masuk ke dalam bot alhamdulillah kami masuk dengan tenang tanpa perlu beratur panjang kerana kami dapat barisan pertama.
Setengah jam kemudian,kami telah tiba ke destinasi tanpa membuang masa mestilah kami menangkap gambar di patung besar helang sebagai tugu jati langkawi sebagai kenangan kami.Lebih kurang 15 minit macam tu kami bertolak ke Pantai Chenang untuk mencari hotel dan kami menempah grab untuk ke destinasi yang mengambil masa dalam setengah jam.Setelah sampai destina salah seorang kawan perempuan kami rupanya dia telah menempah hotel dari online kira baguslah buat persediaan awal awal.Setelah itu,kami telah sampai di depan pintu hotel kira hotel tu dikirakan oklah cantik,dekat sahaja dengan pantai hanya perlu berjalan kakai,di tengah bandar,dekat dengan kedai makan dan banyak lagi lah.kami telah menempah dua bilik satu bilik untuk lelaki satu bilik untuk perempuan sahaja tanpa membuang masa kami terus bayar dan ambil kad access dan terus ke bilik untuk bersihkan diri dan berehat.
Pada hari pertama tiada perkara mistik yang berlaku kepada aku.Pada malam hari pertama kami manfaatkan masa dengan makan,berjalan kaki di tepi pantai,main bola tapi pada waktu malam kerana kami semua tertidur pada waktu petang.Pada keesokkan harinya barulah berkalu perkara mistik kepada aku tetapi pada waktu lewat malam.Pada pagi itu kami banyak menghabiskan masa dengan pelbagai aktiviti dengan menaiki bot laju,melawat pulau pulau,scuba, macam macam lagilah.Matahari kian turun dan hari makin gelap jadi kami balik ke hotel untuk membersihkan diri pada malam itu kami hanya lepak lepak makan makan dan bersembang gelak ketawa di tepi pantai.Kami bersembang gelak ketawa sehinggakan kami terlupa melihat jam sudah sudah pukul 2 pagi jadi kami semua mengambil keputusan untuk balik ke hotel kerana keesokkan hari nya kami mempunyai banyak aktiviti seronok yang kami perlu main jugak kerana sudah bayar kalau cancel rugi la kan.
Semasa kami ingin pulang ke hotel hatiku sudah bersa tidak sedap hati kerana jalan pejalan kaki sunyi yang ada pun mat saleh mabuk semasa perjalanan aku ada perasan kelibat seakan perempuan tua yang berbaju lusuh berbongkok mengikuti kami dari belakang.OHH lupa nak beritahu aku ni ada anugerah yang tuhan berikan padaku dari kecil aku sudah dapat melihat makhluk makhluk ghaib ni tapi bila besar kurang penampakkan tapi bila benda ingin mengusik aku baru aku dapat melihat jadi aku sudah terbiasa dengan perkara ni.OK,sambung cerita,orang tua tu terus mengikuti kami dan salah seorang kawan ku perasan yang aku ni hanya diam dan mulut berkumat kamit dan kawan ku bertanya kepada aku "HANG OK KA" tetapi aku hanya mengangguk sahaja kerana aku tidak mahu kawan ku takut pada masa tu juga aku sedang membaca ayat suci alquran yang aku sering mengamalkan ketika aku masih kecil lagi untuk membenteng kami dari sebarang gangguan jadi aku tidak menjawab soalan kawan ku tetapi hanya mengangguk sahaja.
Setelah sampai di depan pintu hotel aku berpesan kedapa semua kawan aku untuk membaca ayatul kursi,3 kul,dan bersertakan niat untuk meminta perlindungan dari maha berkuasa.Alhamdulillah kawan aku tak banyak tanya dan mereka buat apa yang aku suruh.Setelah masuk ke bilik kami semua membersihkan diri dan terus tidur.Pada pukul jam 3 pag aku terjaga dari tidur kerana aku terdengan ketukan kuat dari pintu bilik hotel kami dengan kuatnya.Aku pada masa tu sangat takut bohongla kalau tak takut mesti akan ada secebis perasaan takut.Bukan hanya itu sahaja,tetapi benda ketuk seluruh bilik di dinding,atas syiling.Aku hanya mempu membaca ayat suci alquran sahaja.Pada waktu tu aku terkejut rupannya salah seorang kawan ku memagang tangan ku dan bercakap "BENDA APA YANG DUDUK KETUK KETUK BILIK KITA NI" iaitu rakan aku yang menegur ku pada waktu perjalanan pulang ke hotel.
Aku hanya berpesan kepada kawan aku,"HANG JANGAN DUDUK LAYAN,HANG BACA JA AYAT APA YANG KAU RETI LAGI BAGUS HANG BUKAK HENSET BUKAK ALQURAN".Kawan terus ambil telefon dan terus mainkan bacaan kitab suci ALQURAN lagi kami kuat volume suara lagi kuat ketukan sehinggan aku dan kawan aku sorang ni duduk rapat rapat tetapi malangnya hanya kami berdua ja yang dengar yang lain nyenyak tidur dibuai mimpi nak gerak pun tak samapi hati takut mereka gelabah pula hanya kami berdua ja yang terseksa.Setelah hampir 30 minit bunyi ketukan hilang tetapi aku terdengar suara"HANG JANGAN DOK KACAU KAMI LAGI JANGAN DOK BUAT BISING KALAU HANG BISING AKU GANGGU SAMPAI HIDUP HAYAT HANG"aku terkedu rupanya ada salah kami juga sebab kami buat bising gelak ketawa tanpa melihat keadaan tempat jadi benda tu marahla.Tetapi kawan aku sorang ni tak dengar apa pun cuma tak habis lagi takut alhadulillah selepas habis ja ketukan terus berkumandang azan subuh terus rasa selamat.
Setahlah habisnya azan subuh,kawan aku sorang ni bukak cerita yang dia tidak tidur semalaman sebab semasa dia tegur aku dia terperasan ada nenek tua melihat tepat arah belakang aku dengan muka yang hodoh dan kawan aku tahu yang aku sudah nampak benda tu dari awal tu sebab nya kawan aku perasan yang aku ni hanya dia dan mulut berkumat kamit membaca ayat suci al quran.Kawan ku kata itu kali pertama dia melihat benda tu kawan ku juga tahu yang aku ni boleh melihat kerana aku telah beritahunya jadi kawan aku ni tahula bila aku dian ja tu tandanya siap siap la baca apa yang patut tetepi pada malam tu dia kali pertama nampak apa yang aku nampak jadi lemah la semangat kawan aku ni sebab tak biasa dengan bab bab mistik ni.Aku hanya berkata kita ada salah juga sebab buat bising malam tadi benda tu marah la lain kali kita lepak kat tempat selamat sikit dan jangan bagitahu apa yang kita alami malam ni dengan kawan kawan lain nak cerita pun waktu kita balik ke perlis nanti.
Kawan aku setuju dengan keputusan aku ni sebab takut kawan kawan yang lain turut takut sama kalau semua takut tak jadi la plan cuti ni.Alhadulillah,kami hanya menginap hotel tersebuk sehari sahaja sebab keesokkannya kami pindah ke hotel lain pula yang lebih dekat dengan pantai.Keesokkan hari tiada apa yang berlaku samapilah kami pulang ke perlis.Setelah sampai ja perlis kawan aku sorang ni terus bukak cerita tentang apa yang kami lalui pada malam yang kami berdua kena ganggu.Kawan lain kata nasib kami tidur mati kalau tak mampuih kami hahahahahaha.Itu saja kisah seram yang aku ingin kongsikan kepada anda semua maaf jika cerita tidak seram.
TERIMA KASIH
Resepi Mudah Membuat Kimchi
RESEPI MUDAH MEMBUAT KIMCHI.
Kimchi dengan tak lazimnya mesti korang semua tahu kimchi merupakan makanan tradisional dari korea.Kimchi ialah makanan yang ditapai atau senang dikatakan makanan diperam selama bertahun tahun kalau kimchi diperam dengan begitu lama maka kualiti kimchi itu lebih bagus dan lazat.Kimchi dikategorikan makanan yang sangat bernutrein yang kaya dengan serat(FIBER),protein,vitamin A dan vitamin K yang sangat berkhasiat untuk diamalkan.Ok,tanpa membuang masa jom saya kongsikan resepi mudah membuat kimchi.
BAHAN BAHAN:
BAHAN A: BAHAN B:
*KUBIS CINA *SOS IKAN
*GARAM KASAR *SERBUK LADA MERAH
*CENCALUK(tak payah letak pun takpa)
*GULA(semua jenis gula boleh)
*TEPUNG BERAS
*200 ml AIR
*BAWANG KISAR(semua jenis bawang boleh)
*HALIA KISAR
*BAWANG PUTIJ KISAR
BAHAN C:
*DAUN BAWANG
*LOBAK MERAH(dipotong panjang)
*LOBAK PUTIH(dipotong panjang)
1.Potong kubis cina kepada 4 bahagian secara menegak.Kemudian salutkan garam kasar pada seluruh bahagian kubis pastikan setiap bahagian kubis disaluti garam kasar.
2.Peramkan kubis selama 30 minit.Selepas 30 minit,basuh kubis yang diperam sehingga bersih.
3.Untuk pesnya pula,panaskan 200 ml air kemudian letakkan 4 sudu besar tepung beras dan 3 sudu besar gula.Kacau adunan sehinnga menjadi pekat.
4.Letakkan adunan ke dalam bekas yang besar.Kemudian,letakkan 5 sukat cawan serbuk lada merah(jika anda suka pedas boleh lebihkan serbuk merah mengikut cita rasa anda.)
5.Kisarkan,bawang,halia,bawang putih bersama.Letakkan bahan kisaran bersama adunan berlada tadi.
6.Letakkan 3 sukat cawan sos ikan dan 1 sudu besar cencaluk ke dalam adunan tadi.
7.Potong daun bawang,lobak merah,lobak putih secara panjang.Kemudian,letakkan ke dalam adunan.Gaulkan adunan sehingga sebati.
8.Akhir sekali,salutkan adunan bersama kubis yang diperam dengan garam kasar tadi.Pastikan setiap bahagian kubis disaluti dengan adunan tadi.
9.Peramkan selama seminggu atau lebih baik selama 30 hari.
Itu sahaja resepi ringkas dan senang untuk membuat kimchi.Semoga anda semua manfaatkan kongsian resepi ini.
TERIMA KASIH
Subscribe to:
Posts (Atom)