TIPS TIPS UNTUK KURANGKAN RASA HOMESICK Kita sebagai umat manusia tidak lepas dengan adanya perasaan homeisck.Homesick ni ada buruk ada baik iaitu homesick boleh membuatkan kita lebih stress dan menyebabkan kita tidak reti untuk mengambil keputusan yang sebetulnya sehinggakan timbulnya penyakit "KERISAUAN MELAMPAU" yang lebih dikenali sebagai "ENXITY" manakala baiknya pula dapat mendidik kita lebih berdikari untuk menerusakan kehidupan dan membina keyakinan diri untuk menempuh segala dugaan kehidupan.Homesick bermaksud merindui sesuatu yang tidak pernah ditinggalkan seperti ibu,ayah,adik beradik,rumah,atau tidak pernah beradaptasi diri sendiri dengan suasana baharu.Sebagai seorang pelajar memang akan adanya perasaan homesick apabila ditawarkan universiti yang sangat jauh dari rumah sehinggala digelarkan diri sebagai perantauan.Oleh sebab itu,saya mahu berikan tips bagaimana saya menghilangkan perassan homesick kepada adik adik lepasan spm 2019. TIPS PERTAMA:MEMPUNYAI KEAZAMAN
Dengan adanya keazaman kita dapat meningkatkan keyakinan diri untuk belajar jauh-jauh.Dengan cara menasihati diri sendiri mengingati kesusahan ibu bapa untuk mencari duit untuk menanggung yuran kos pelajaran anak demi masa hadapan anaknya.Oleh sebab itu,kita dapat kekuatan untuk membalas jasa kedua ibu bapa kita dengan menunjukkan kita boleh berdikari dan menunjukkan nilai peperiksaan yang bagus.Jadi,kita perlu mempunyai keazaman untuk membantu kita menghindari perasaan homesick.
TIPS KEDUA:JANGAN DUDUK BERSEORANGAN
Ini tips paling terpenting yang perlu diamalkan kerana jika kita berseorangan kita akan lebih mengingati apa yang paling kita rindui yang boleh menyebabkan kita lebih stress sehiggakan dapat menyakiti diri kita sendiri dan boleh menyebabkan kita mengambil keputusan yang salah untuk berhenti belajar demi mahu tidah menjauhi keluarga.Oleh demikian,kita perlu menyibukkan diri kita dengan melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti seperti bersukan,kokurikulum,dan sebagainya atau perlu mencari sahabat yang dapat mendengar masalah kita supaya dapat mengurangkan bebanan dalam diri kita sendiri.
TIPS KETIGA:JANGAN SEBUT PERKATAAN "UISH,JAUHNYA KAU DATANG".
Kita ini memang tidak lepas dengan kawan baharu jika kita belajar di tempat baharu.Macam biasalah jika kita mula sesi kenal mengenali mesti kita bertanya nama siapa,dari mana,ambil jurusan apa.Contohnya,
AFIQ:Assalamualaikum,nama kau sape,asal mane?
AKMAL:Waalaikumussalam,nama aku akmal dari perak dekat je dengan universiti ni tapi aku nak duduk asrama nak berdikari katakan.Nama kau siapa pulak asal mane.
AFIQ:OHHHH,Nama aku afiq dari perlis
AKMAL:UISHH,JAUHNYA KAU DATANG.
AFIQ:Kenapa aku belajar sini padahal perlis ada ja universiti bagus bagus unimap,uitm,uum,kuips,politeknik.Kenapa aku belajar sini.[CAKAP DALAM HATI]
HA kalau nak mula sesi kenal kenalan tu jangan la guna ayat macam tu sebab ayat tu dapat menjatuhkan semangat untuk belajar jauh jauh.
TIPS KEEMPAT:CARI SAHABAT YANG MENDENGAR.
Kita perlu mencari sahabat yang boleh mendengan masalah kita kerana ia dapat membantu kita dengan meluahkan peraraan kita kepada beliau yang dapat memberikan kita nasihat untuk memberikan semangat kepada kita jika kita berasa homesick.dengan cara itu kita dapat mengerakatkan hubungan sahabat di samping dapatdapat membantu kita jika kita ada masalah.Oleh sebab itu kita janganlah pendam perasaan seorang diri yang dapat memburukkan keadaan.
TIPS KELIMA:HUBUNGI IBU BAPA PADA MASA YANG TERTENTU.
Sebagai seorang pelajar yang berjauhan dengan keluarga memang akan rasa rindu.Oleh itu,hubungi ibu bapa kita bila kita teringat akan mereka dengan bertanya khabar,memberi info diri kita kepada ibu bapa sekali gus dapat mengurangkan persaan homesick.Tapi janganla hubungi mereka dengan kerap yang akan menyusahkan diri kita dan ibu bapa.Sebab itu kita perlu pandai mengurus masa untuk hubungi mereka
ok itu sahaja tips tips yang saya lakukan semasa belajar di universiti.Saya berharap adik adik epasan spm 2019 berjaya dan dapat keputusan spm yang cemerlang dan dapat masuk universiti bagus bagus.Ok itu sahaja ASSSALAMUALAIKUM.