Wednesday, 11 March 2020

Pengalaman seram semasa bercuti di langkawi

PENGALAMAN AKU DIUSIK DI HOTEL LANGKAWI



Aku namakan diriku aku.Ok,hari ini aku ingin bercerita pengalaman seram aku ketika aku bercuti di Langkawi.Pada masa tu aku baru berumur 17 boleh dikatakan budak lepasan SPM.Macam biasalah kalau budak lepasan SPM mesti akan merancang percutian dengan kawan kawan untuk meraikan tamatnya zaman persekolah dan ingin menghilangkan stress dari bahang peperiksaan SPM yang amat menyucuk otak.Jadi habis saja SPM aku dan rakan ku merancang untuk bercuti di langkawi dengan menggunakan duit kelas yang kami telah kumpul dari tingkatan 4 lagi.kira kira 13 orang saja memang sedikit sebab kami dari aliran sains tulen kebanyakkan murid memang takut untuk masuk aliran tersebut tetapi hanya 8 orang sahaja yang jadi bercuti yang tak bercuti mereka sedekahkan duit mereka dengan ikhlas.


Jadi keseluruhannya 8 orang sahaja yang jadi 3 orang perempuan 5 orang lelaki.Macam biasalah yang handle semua percutian mestilah perempuan lelaki hanya setuju sahaja.Seminggu selepasnya tamatnya SPM,Kami bertolak ke jeti Kuala Perlis ohh lupa kami semua dari perlis so dekat ja dengan langkawi hanya naik bot ja.Jadual bot kami pada pukul 9 pagi jadi kami berkumpul pada pukul 8 pagi la macam biasa mesti la seronok mahu bercuti dengan kawan kawan.Tepat pukul 9 bot kami sudah sampai dan kami harus bergegas demi menjauhi dari kesesakan lautan manusia berpusu pusu untuk masuk ke dalam bot alhamdulillah kami masuk dengan tenang tanpa perlu beratur panjang kerana kami dapat barisan pertama.


Setengah jam kemudian,kami telah tiba ke destinasi tanpa membuang masa mestilah kami menangkap gambar di patung besar helang sebagai tugu jati langkawi sebagai kenangan kami.Lebih kurang 15 minit macam tu kami bertolak ke Pantai Chenang untuk mencari hotel dan kami menempah grab untuk ke destinasi yang mengambil masa dalam setengah jam.Setelah sampai destina salah seorang kawan perempuan kami rupanya dia telah menempah hotel dari online kira baguslah buat persediaan awal awal.Setelah itu,kami telah sampai di depan pintu hotel kira hotel tu dikirakan oklah cantik,dekat sahaja dengan pantai hanya perlu berjalan kakai,di tengah bandar,dekat dengan kedai makan dan banyak lagi lah.kami telah menempah dua bilik satu bilik untuk lelaki satu bilik untuk perempuan sahaja tanpa membuang masa kami terus bayar dan ambil kad access dan terus ke bilik untuk bersihkan diri dan berehat.


Pada hari pertama tiada perkara mistik yang berlaku kepada aku.Pada malam hari pertama kami manfaatkan masa dengan makan,berjalan kaki di tepi pantai,main bola tapi pada waktu malam kerana kami semua tertidur pada waktu petang.Pada keesokkan harinya barulah berkalu perkara mistik kepada aku tetapi pada waktu lewat malam.Pada pagi itu kami banyak menghabiskan masa dengan pelbagai aktiviti dengan menaiki bot laju,melawat pulau pulau,scuba, macam macam lagilah.Matahari kian turun dan hari makin gelap jadi kami balik ke hotel untuk membersihkan diri pada malam itu kami hanya lepak lepak makan makan dan bersembang gelak ketawa di tepi pantai.Kami bersembang gelak ketawa sehinggakan kami terlupa melihat jam sudah sudah pukul 2 pagi jadi kami semua mengambil keputusan untuk balik ke hotel kerana keesokkan hari nya kami mempunyai banyak aktiviti seronok yang kami perlu main jugak kerana sudah bayar kalau cancel rugi la kan.


Semasa kami ingin pulang ke hotel hatiku sudah bersa tidak sedap hati kerana jalan pejalan kaki sunyi yang ada pun mat saleh mabuk semasa perjalanan aku ada perasan kelibat seakan perempuan tua yang berbaju lusuh berbongkok mengikuti kami dari belakang.OHH lupa nak beritahu aku ni ada anugerah yang tuhan berikan padaku dari kecil aku sudah dapat melihat makhluk makhluk ghaib ni tapi bila besar kurang penampakkan tapi bila benda ingin mengusik aku baru aku dapat melihat jadi aku sudah terbiasa dengan perkara ni.OK,sambung cerita,orang tua tu terus mengikuti kami dan salah seorang kawan ku perasan yang aku ni hanya diam dan mulut berkumat kamit dan kawan ku bertanya kepada aku "HANG OK KA" tetapi aku hanya mengangguk sahaja kerana aku tidak mahu kawan ku takut pada masa tu juga aku sedang membaca ayat suci alquran yang aku sering mengamalkan ketika aku masih kecil lagi untuk membenteng kami dari sebarang gangguan jadi aku tidak menjawab soalan kawan ku tetapi hanya mengangguk sahaja.


Setelah sampai di depan pintu hotel aku berpesan kedapa semua kawan aku untuk membaca ayatul kursi,3 kul,dan bersertakan niat untuk meminta perlindungan dari maha berkuasa.Alhamdulillah kawan aku tak banyak tanya dan mereka buat apa yang aku suruh.Setelah masuk ke bilik kami semua membersihkan diri dan terus tidur.Pada pukul jam 3 pag aku terjaga dari tidur kerana aku terdengan ketukan kuat dari pintu bilik hotel kami dengan kuatnya.Aku pada masa tu sangat takut bohongla kalau tak takut mesti akan ada secebis perasaan takut.Bukan hanya itu sahaja,tetapi benda ketuk seluruh bilik di dinding,atas syiling.Aku hanya mempu membaca ayat suci alquran sahaja.Pada waktu tu aku terkejut rupannya salah seorang kawan ku memagang tangan ku dan bercakap "BENDA APA YANG DUDUK KETUK KETUK BILIK KITA NI" iaitu rakan aku yang menegur ku pada waktu perjalanan pulang ke hotel.


Aku hanya berpesan kepada kawan aku,"HANG JANGAN DUDUK LAYAN,HANG BACA JA AYAT APA YANG KAU RETI LAGI BAGUS HANG BUKAK HENSET BUKAK ALQURAN".Kawan terus ambil telefon dan terus mainkan bacaan kitab suci ALQURAN lagi kami kuat volume suara lagi kuat ketukan sehinggan aku dan kawan aku sorang ni duduk rapat rapat tetapi malangnya hanya kami berdua ja yang dengar yang lain nyenyak tidur dibuai mimpi nak gerak pun tak samapi hati takut mereka gelabah pula hanya kami berdua ja yang terseksa.Setelah hampir 30 minit bunyi ketukan hilang tetapi aku terdengar suara"HANG JANGAN DOK KACAU KAMI LAGI JANGAN DOK BUAT BISING KALAU HANG BISING AKU GANGGU SAMPAI HIDUP HAYAT HANG"aku terkedu rupanya ada salah kami juga sebab kami buat bising gelak ketawa tanpa melihat keadaan tempat jadi benda tu marahla.Tetapi kawan aku sorang ni tak dengar apa pun cuma tak habis lagi takut alhadulillah selepas habis ja ketukan terus berkumandang azan subuh terus rasa selamat.


Setahlah habisnya azan subuh,kawan aku sorang ni bukak cerita yang dia tidak tidur semalaman sebab semasa dia tegur aku dia terperasan ada nenek tua melihat tepat arah belakang aku dengan muka yang hodoh dan kawan aku tahu yang aku sudah nampak benda tu dari awal tu sebab nya kawan aku perasan yang aku ni hanya dia dan mulut berkumat kamit membaca ayat suci al quran.Kawan ku kata itu kali pertama dia melihat benda tu kawan ku juga tahu yang aku ni boleh melihat kerana aku telah beritahunya jadi kawan aku ni tahula bila aku dian ja tu tandanya siap siap la baca apa yang patut tetepi pada malam tu dia kali pertama nampak apa yang aku nampak jadi lemah la semangat kawan aku ni sebab tak biasa dengan bab bab mistik ni.Aku hanya berkata kita ada salah juga sebab buat bising malam tadi benda tu marah la lain kali kita lepak kat tempat selamat sikit dan jangan bagitahu apa yang kita alami malam ni dengan kawan kawan lain nak cerita pun waktu kita balik ke perlis nanti.


Kawan aku setuju dengan keputusan aku ni sebab takut kawan kawan yang lain turut takut sama kalau semua takut tak jadi la plan cuti ni.Alhadulillah,kami hanya menginap hotel tersebuk sehari sahaja sebab keesokkannya kami pindah ke hotel lain pula yang lebih dekat dengan pantai.Keesokkan hari tiada apa yang berlaku samapilah kami pulang ke perlis.Setelah sampai ja perlis kawan aku sorang ni terus bukak cerita tentang apa yang kami lalui pada malam yang kami berdua kena ganggu.Kawan lain kata nasib kami tidur mati kalau tak mampuih kami hahahahahaha.Itu saja kisah seram yang aku ingin kongsikan kepada anda semua maaf jika cerita tidak seram.


TERIMA KASIH












No comments:

Post a Comment