RESEPI MUDAH MEMBUAT KIMCHI.
Kimchi dengan tak lazimnya mesti korang semua tahu kimchi merupakan makanan tradisional dari korea.Kimchi ialah makanan yang ditapai atau senang dikatakan makanan diperam selama bertahun tahun kalau kimchi diperam dengan begitu lama maka kualiti kimchi itu lebih bagus dan lazat.Kimchi dikategorikan makanan yang sangat bernutrein yang kaya dengan serat(FIBER),protein,vitamin A dan vitamin K yang sangat berkhasiat untuk diamalkan.Ok,tanpa membuang masa jom saya kongsikan resepi mudah membuat kimchi.
BAHAN BAHAN:
BAHAN A: BAHAN B:
*KUBIS CINA *SOS IKAN
*GARAM KASAR *SERBUK LADA MERAH
*CENCALUK(tak payah letak pun takpa)
*GULA(semua jenis gula boleh)
*TEPUNG BERAS
*200 ml AIR
*BAWANG KISAR(semua jenis bawang boleh)
*HALIA KISAR
*BAWANG PUTIJ KISAR
BAHAN C:
*DAUN BAWANG
*LOBAK MERAH(dipotong panjang)
*LOBAK PUTIH(dipotong panjang)
1.Potong kubis cina kepada 4 bahagian secara menegak.Kemudian salutkan garam kasar pada seluruh bahagian kubis pastikan setiap bahagian kubis disaluti garam kasar.
2.Peramkan kubis selama 30 minit.Selepas 30 minit,basuh kubis yang diperam sehingga bersih.
3.Untuk pesnya pula,panaskan 200 ml air kemudian letakkan 4 sudu besar tepung beras dan 3 sudu besar gula.Kacau adunan sehinnga menjadi pekat.
4.Letakkan adunan ke dalam bekas yang besar.Kemudian,letakkan 5 sukat cawan serbuk lada merah(jika anda suka pedas boleh lebihkan serbuk merah mengikut cita rasa anda.)
5.Kisarkan,bawang,halia,bawang putih bersama.Letakkan bahan kisaran bersama adunan berlada tadi.
6.Letakkan 3 sukat cawan sos ikan dan 1 sudu besar cencaluk ke dalam adunan tadi.
7.Potong daun bawang,lobak merah,lobak putih secara panjang.Kemudian,letakkan ke dalam adunan.Gaulkan adunan sehingga sebati.
8.Akhir sekali,salutkan adunan bersama kubis yang diperam dengan garam kasar tadi.Pastikan setiap bahagian kubis disaluti dengan adunan tadi.
9.Peramkan selama seminggu atau lebih baik selama 30 hari.
Itu sahaja resepi ringkas dan senang untuk membuat kimchi.Semoga anda semua manfaatkan kongsian resepi ini.
TERIMA KASIH
No comments:
Post a Comment